Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan

Mesti ramai di kalangan kita semua masih belum tahu bahawa dengan cara menulis blog, kita sebenarnya dapat menghasilkan pendapatan sampingan. Jika kena dengan caranya, blog bukan sekadar tempat meluahkan idea atau hobi, malah ia boleh bertukar menjadi mesin cetak duit!


Terdapat beberapa cara yang efektif untuk kita hasilkan wang melalui blog:


1- Menawarkan Pengiklanan di Tapak Blog Kita

Ini adalah cara yang paling klasik dan mudah. Anda hanya perlu menyertai rangkaian pengiklanan seperti Google AdSense. Apabila deraf blog anda diluluskan, iklan akan dipaparkan secara langsung di ruang-ruang kosong blog anda. 

Anda juga akan dibayar berdasarkan jumlah tontonan (impressions) atau klik pada iklan yang dibuat oleh pengunjung blog anda. Selain itu, jika blog anda sudah mempunyai trafik yang tinggi, anda juga boleh menawarkan slot iklan terus (direct advertising) kepada syarikat atau peniaga tempatan.


2- Menyertai Program Affiliate (Pemasaran Gabungan)

Pemasaran affiliate bermaksud anda mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain di dalam entri blog anda menggunakan pautan khas (affiliate link). Antara program affiliate yang popular di Malaysia ialah Shopee Affiliate, Lazada Affiliate, atau Involve Asia. Apabila ada pembaca yang klik pautan tersebut dan membuat pembelian, anda akan menerima komisen bagi setiap jualan.


3- Hasilkan Kandungan Berkualiti 

Kandungan yang berkualiti, bermanfaat dan disusun secara rapi adalah kunci utama untuk membina minat pembaca yang berterusan. Pastikan setiap penulisan anda memberi jawapan dan nilai tambah kepada persoalan pembaca.

Apabila blog anda mula dikenali dan mempunyai niche yang khusus (seperti dekorasi rumah, gajet, masakan, atau pelancongan), jenama atau syarikat luar akan mula mendekati anda. Mereka sanggup membayar anda untuk menulis ulasan (review) tentang produk atau perkhidmatan mereka di blog anda.


4- Tawarkan Produk atau Perkhidmatan Sendiri

Gunakan blog sebagai platform untuk membina kredibiliti anda. Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, anda boleh menjual e-book, menyediakan servis rundingan, atau menjual produk fizikal. Pembaca blog yang mempercayai penulisan anda akan lebih mudah tertarik untuk membeli daripada anda.

5- Tentukan Niche Yang Spesifik

Fokus pada satu topik khas atau yang anda minat serta mempunyai permintaan tinggi seperti teknologi, pelancongan, kewangan diri, atau keibubapaan (parenting). Apabila blog anda mempunyai subjek yang jelas, lebih mudah untuk anda membina audiens yang setia dan menarik minat pengiklan yang mahu sasarkan segmen pembaca tersebut.


Kesimpulan

Menjana pendapatan melalui blog memerlukan kesabaran dan konsistensi. Perkara paling penting ialah anda perlu sentiasa menghasilkan kandungan yang berkualiti dan bermanfaat agar dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Semoga tips ini membantu anda bermula. Selamat menulis dan moga berjaya!


Bergambar ketika matahari terbit di Pantai Teluk Mak Nik

Kemaman bukan sahaja terkenal sebagai wilayah kopi yang kaw dan juga hidangan satar yang asli, malah daerah ini juga menyimpan pelbagi lokasi menarik yang sangat Insta-worthy. Bagi anda yang suka bergambar dan ingin mencari latar belakang yang estetik untuk Outfit of the Day (OOTD), berikut adalah 5 tempat terbaik yang wajib anda kunjungi di Kemaman:  

1- Pantai Kemasik

Pantai Kemasik boleh dikatakan antara pantai paling ikonik di Terengganu. Keunikan utama pantai ini adalah struktur batuan besar yang terletak di pesisir pantai serta pembentukan lagun semulajadi apabila air pasang.

Pantai Kemasik di Kemaman

  • Tips OOTD: Rakam gambar berlatarbelakangkan batuan besar pada waktu golden hour iaitu ketika matahari terbit atau terbenam untuk dapatkan pencahayaan yang dramatik dan estetik.

2- Pantai Penunjuk, Kijal

Sekiranya anda mahukan suasana pantai yang lebih tenang dan pemandangan batuan tepi pantai yang unik, Pantai Penunjuk yang terletak di Kijal adalah jawapannya. Di sini terdapatnya jeti nelayan dan kawasan berbatu yang sering menjdai tumpuan jurugambar profesional.

Pemandangan di Pantai Penunjuk, Kijal
  • Tips OOTD: Berdiri di celah-celah batuan besar dengan memakai busana berwarna cerah atau pastel supaya penampilan anda lebih menonjol berbanding warna semula jadi batuan dan laut.

3- Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

Pantai Teluk Mak Nik sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti santai bersama keluarga. Bagi anda yang suka berpiknik, Pantai Teluk Mak Nik sangat sesuai untuk anda dan keluarga. Susunan pohon-pohon rhu yang berbaris di sepanjang pesisir pantai membuatkan seperti suasana seolah-olah anda berada di luar negara.

  • Tips OOTD: Ambil foto berkonsepkan cinematik atau vintage di celah-celah pohon rhu dengan pencahayaan matahari yang menembusi dedaun.

4- Jeti Kuala Kemaman & Perkampungan Nelayan

Jika anda mahukan konsep OOTD yang bertemakan street style atau heritage, anda boleh singgah di Kuala Kemaman. Anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bot nelayan tradisional berwarna-warni yang berlabuh di jeti serta seni bina rumah kampung lama yang memberi latar belakang yang penuh dengan karakter budaya tempatan.

  • Tips OOTD: Gayakan dengan pakaian kasual atau tradisional seperti kain batik  atau kemeja linen sambil berlatar belakangkan bot nelayan atau kedai klasik di sekitar perkampungan.

5-  Lorong Seni Kemaman (Kemaman Street Art)

Lorong seni Kemaman juga dikenali sebagai Lorong Seni Chukai, yang terletak di Jalan Sulaimani. Lorong di belakang deretan kedai di hadapan Stesen Bas Chukai. Lorong ini dihiasi dengan pelbagai seni lukisan mural berwarna-warni yang memaparkan budaya tempatan dan warisan Terengganu. 

Bergambar di sekitar Chukai Street Art

  • Tips OOTD: Ambil gambar dari sudut bawah (low angle) untuk menampakkan anda lebih tinggi dan memuatkan keseluruhan mural yang tinggi ke dalam bingkai. Jangan sekadar berdiri kaku tetapi cuba berinteraksi dengan lukisan seperti berpura-pura menyentuhnya, berjalan melintasi dinding atau bersandar pada dinding mural.

Anda sudah bersedia untuk penuhi feed Instagram atau Tiktok anda? Jangan lupa untuk pastikan bateri telefon anda fully charged. Atau, lantik kawan anda yang pandai mengambi gambar untuk memotret gaya anda. Selamat bergambar di Kemaman!





Flora dan fauna yang dijumpai sepanjang pendakian di Bukit Dhera

Kemaman bukan sahaja terkenal dengan jujukan pantai yang cantik dan makanan laut yang segar, malah daerah ketiga paling besar di negeri Terengganu ini turut menjadi hidden gem bagi peminat aktiviti  mendaki. Dari laluan santai yang sesuai untuk seisi keluarga sehinggalah trek pendakian yang mencabar. Kemaman menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian anda sebagai pencinta alam.

Uniknya, bukit-bukit yang ada di Kemaman kebanyakannya mempunyai laluan yang tidak terlalu sukar dan mesra untuk pendaki baharu, individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktiviti riadah keluarga.

Selain itu, terdapat juga trek pendakian yang menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang luas  terbentang berserta dengan kapal-kapal laut yang menuju ke pelabuhan. Tidak ketinggalan juga dengan spesis flora dan fauna yang pelbagai di dalam hutan.


Mengapa Kemaman Menjadi Destinasi Pilihan Mendaki

Apabila bercakap tentang Kemaman, ramai akan membayangkan satar, keropok lekor dan Pantai Teluk Mak Nik. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kemaman mula dikenali sebagai salah satu destinasi hiking terbaik di Pantai Timur kerana lokasinya yang unik - menggabungkan keindahan hutan tropika dengan panorama laut yang memukau. 

Senarai 7 Pilihan Bukit yang Wajib Anda Cuba

1- Bukit Mak Dayang - Paling Popular di Bandar Chukai

Bukit Mak Dayang merupakan pilihan lokasi mendaki yang paling terkenal di Kemaman kerana ia terletak di tengah-tengah Bandar Chukai yang merupakan bandar utama daerah Kemaman. 

Treknya adalah gabungan antara laluan anak tangga dan laluan hutan yang sesuai untuk pendaki baharu serta mereka yang ingin bersenam pada hujung minggu. Dari puncak bukit, anda dapat menikmati pemandangan bandar Chukai dan kawasan sekitarnya.

Disaran juga kepada anda untuk mendaki pada waktu petang untuk melihat panorama matahari terbenam yang cantik.

  • Tahap kesukaran: Mudah - Sederhana
  • Tempoh Pendakian: 45 -60 minit

2- Bukit Pepijat - Trek Paling Pendek dan Mudah

Bukit Pepijat menjadi pilihan utama penduduk sekitar untuk warm-up kerana laluannya yang pendek. Namun, apabila anda berada di puncak bukit, anda akan disajikan dengan pemandangan laut yang memukau mata. Laluan bertangga menjadikannya sangat mesra kepada pendaki amatur dan kanak-kanak. 

Bagi anda yang suka aktivit fotografi, jangan lepaskan peluang untuk mengambil pemandangan matahari terbit yang berharga di sini. 

Di sini juga terletaknya Telaga Simpul Pantai Marina yang menjadi ikonik sejarah persinggahan pedagang di Kemaman daripada catatan Abdullah Munsyi, 1852.

  • Tahap kesukaran: Mudah 
  • Tempoh Pendakian: 30 - 45 minit

3- Bukit Mentok Hiking Park - Sesuai untuk Semua

Terletak berdekatan dengan Bukit Mak Dayang. Bukit Mentok menawarkan laluan mendaki yang kemas dan terjaga. Ia sangat sesuai untuk aktiviti riadah harian bersama keluarga. Suasana hutan yang nyaman dan terdapat beberapa port menarik yang disediakan oleh komuniti setempat untuk berswafoto.

Tahap kesukaran: Mudah - Sederhana

Tempoh Pendakian: 30 - 45 minit

4- Bukit Dhera Pantai Teluk Maknik - Trek Baru dan Bakal Jadi Popular

Bukit Dhera merupakan bukit yang baru diterokai oleh komuniti pendaki lokal. Ianya mula menjadi sebutan kerana suasananya yang tenang dan kedudukannya yang hampir dengan pantai, membolehkan pendaki menikmati angin laut dan pemandangan Pantai Teluk Mak Nik dari aras tinggi.

  • Tahap kesukaran: Sederhana 
  • Tempoh pendakian: 45 minit - 1 jam

5- Bukit Harimau Menangis - Mencabar Adrenalin

Jangan biarkan namanya menakutkan anda! Bukit Harimau Menangis menawarkan trek mendaki yang lebih mencabar dengan kecuraman yang boleh menguji ketahanan fizikal anda. Namun, penat lelah anda akan dibayar dengan pemandangan hijau hutan sekeliling dan udara segar di puncak.

  • Tahap kesukaran: Sederhana - Mencabar
  • Tempoh Pendakian: 1 -1.5 jam

6- Bukit Kuari - Panorama Industri & Alam

Satu lagi spot menarik yang memberi kelainan. Dari puncak Bukit Kuari, anda boleh melihat kombinasi unik pemandangan alam serta kawasan perindustrian dan pelabuhan Kemaman dari kejauhan, Treknya sedikit terbuka, jadi pastikan anda membawa air yang mencukupi.

  • Tahap kesukaran: Sederhana 
  • Tempoh Pendakian: 45 -60 minit 

7- Bukit Bauk (laluan Sempadan Kemaman - Dungun) - Khazanah Rimba

Walaupun sebahagian besarnya terletak di dalan daerah Dungun, lokasinya yang terletak di sepanjang laluan utama ke Kemaman menjadikannya spot wajib singgah bagi pendaki tegar. Hutan Lipur Bukit Bauk menawarkan trek mendaki yang mencabar merentasi hutan dipterokarp yang kaya dengan flora dan fauna.

  • Tahap kesukaran: Sederhana - Mencabar
  • Tempoh Pendakian: 1.5 - 2 jam

Waktu Terbaik untuk Mendaki di Kemaman

Keadaan cuaca memainkan peranan penting dalam memastikan pendakian anda lebih selamat, selesa dan pastinya memberi pengalaman yang menyeronokan.

  • Awal pagi (6.30 - 9.00 pagi): Ini adalah cadangan waktu yang paling sesuai bagi anda yang suka mendaki pada waktu pagi kerana suhu masih sejuk dan nyaman, cahaya matahari tidak terlalu terik, dan peluang untuk melihat matahari terbit (sunrise) yang cantik di ufuk Laut China Selatan.
  • Lewat petang (4:30 - 7:00 petang): Waktu yang santai untuk mengeluarkan peluh sambil menikmati panorama matahari terbenam (sunset)

Tips Keselamatan Ketika Mendaki

Asas paling penting ketika aktiviti mendaki adalah dengan menjaga keselamatan diri. Beberapa perkara yang perlu di titik berat sebelum dan semasa mendaki:

  • Maklumkan kepada keluarga: Sentiasa beritahu orang terdekat atau kongsi lokasi pendakian kepada mereka.
  • Kekal di trek: Ikut laluan yang sedia ada dan elakkan daripada mengambil jalan pintas untuk mengelakkan risiko tersesat.
  • Dengar isyarat badan: Berehat seketika sekiranya berasa terlalu letih atau berasa pening

  • Jaga Kebersihan: Ini paling penting! Bawa turun sampah anda dan jangan lakukan vandalisme pada pokok atau kemudahan awam yang disediakan.

Aktiviti Menarik Selepas Mendaki

  • Bersantai menikmati angin di Pantai Teluk Mak Nik.
  • Menikmati makanan laut yang segar dari restoran tempatan.
  • Mencuba snek minuman petang kegemaran ramai seperti satar, otak-otak, kerepok lekor panas dan ikan celup tepung.
  • Coffee hunting di kafe-kafe hipster dan kopitiam tradisional di sekitar bandar Chukai.

Kesimpulan

Kemaman mempunyai pelbagai pilihan lokasi mendaki yang menarik dengan pemandangan alam semulajadi yang memukau. Sama ada anda seorang pendaki berpengalaman atau baru ingin mencuba aktiviti ini, pilihlah trek yang sesuai dengan tahap kemampuan diri anda. 

Saranan kepada anda baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, mulakan langkah pertama anda dengan mendaki Bukit Mak Dayang atau Bukit Pepijat.

Amalkan gaya hidup sihat, jaga keselamatan, dan yang paling utama peliharalah kebersihan alam sekitar kita!


Pemandangan panorama Kota Mekah dari Puncak Jabal Nur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini telah memasuki hari ke-24 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Teringat kembali pengalaman saya mengerjakan ibadah umrah pada bulan mulia ini. Tarikh 24 Ramadhan adalah tarikh penerbangan saya ke Jeddah pada dua tahun yang lalu. Saya akan kongsikan pengalaman saya menunaikan umrah pada bulan Ramadhan kepada anda.

Bagi anda yang bakal menunaikan umrah atau dalam perancangan untuk pergi umrah, kali saya ingin kongsikan sedikit panduan dan pengalaman peribadi sepanjang mendaki Jabal Nur - bukit yang penuh dengan sejarah dan pastinya mengusik emosi setiap pengunjung.


 Assalamualaikum.


SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI, umat Islam akan mula sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Zulhijjah pula. Bulan Zulhijjah adalah antara bulan terpenting menurut kalendar Islam. Bulan di mana umat Islam akan pergi mengerjakan ibadah haji di Mekah dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Ibadah Qurban juga akan dilakukan pada Hari Raya Aidiladha.


Di dalam bulan Zulhijjah ini, waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam adalah Hari Arafah di mana para jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh pada Hari Arafah adalah amalan yang paling terbaik. 


Sangat beruntunglah bagi mereka yang sedang mengerjakan ibadah Haji kerana apabila seorang Islam itu selesai menunaikan haji mereka, maka diampunkan segala dosa-dosanya. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan berwukuf di Padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w.

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya, "Haji itu berada di Arafah." 

Daripada Riwayat Ibnu Majah (3015), al-Nasaie (3016), Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya, Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad.


Kelebihan Doa Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah s.w.t. melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang berwukuf dan juga bagi umat Islam lain yang tidak berwukuf (yang tidak menunaikan haji). 


Oleh itu, hari selepas waktu wukuf dijadikan hari perayaan iaitu Hari Raya Aidiladha sebagai tanda kesyukuran kerana setiap umat Islam layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.


Berdoa di Hari Arafah mempunyai banyak kelebihannya. Seperti yang diriwayatkan di dalam beberapa hadis shohih. Antaranya;


Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah bersabda; 


"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan nabi-nabi sebelumku katakan adalah


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu, dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Hadis riwayat At-Tarmizi - (Hadis Hasan)


Doa Terbaik di Hari Arafah

Antara doa terbaik untuk Hari Arafah yang disarankan oleh JAKIM;


1- Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus-Mu.


2- Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman. Jadikanlah tangan kanan kami, tangan yang menerima kitab amal kami di hari pembalasan nanti.


3- Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucap syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku. Kurniakanlah kepadaku syafaat Rasulullah s.a.w.


4- Ya Allah, Kau masukkanlah aku di dalam kalangan Rasulullah s.a.w, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdausi.


5- Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabatku yang bukan Islam dan kurniakanlah mereka hidayah Islam.


6- Ya Allah, satukanlah aku di dalam syurga dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana-Mu.


7- Ya Rabb, sempurnakanlah agama-ku dan ibadah-ku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8- Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9- Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


10- Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11- Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12- Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam hatiku.


13- Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14- Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15- Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16- Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata-mata dan lindungi aku dari sifat menunjuk-nunjuk atau kebanggaan yang palsu. Selamatkanlah aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.


17- Ya Allah Tuhan Penciptaku, janganlah Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang bertanggungjawab pada agama-Mu dan kurniakanlah kepadaku anak-anak soleh-solehah yang akan menjadi penyejuk hatiku.


18- Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada perintah-Mu dan patuh kepada ibu bapaku.


19- Ya Allah, Kau selamatkanlah aku dari fitnah Dajjal.


20- Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Kau selamatkanlah aku daripada siksaan azab kubur yang menyakitkan dan juga azab api neraka yang menakutkan itu.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud kepada-Mu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah urusan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24- Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu, Ya Allah.


25- Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.


26- Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27- Ya Allah, izinkan aku dan pasangku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami menutup mata. Jemputanlah kami untuk mengerjakan Haji ketika sihat tubuh badan dan ketika usia masih muda.


28- Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29- Ya Allah, ampuni dosa-dosa dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


30- Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari sifat  kufur, berputus-asa, salah laku dan syirik.


31- Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Akhir sekali, jangan lupa untuk perbanyakkan selawat ke atas junjungan kesayangan kita semua, Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kita. Semoga kita semua dapat menjadi penghuni syurga tertinggi, Syurga Firdaus.



Assalamualaikum

Tak disangka-sangka bercuti di negara Taiwan adalah satu percutian yang tidak akan Cik Suri lupakan. Ia adalah satu pengalaman yang amazing and I love it!!!
 
Teruskan membaca, ya.

Pada akhir bulan Januari yang lepas, cik suri bersama teman baik telah "melebarkan sayap" kami ke negara TAIWAN, Heart of Asia. 

Pengembaraan kami ini selama 6 hari 5 malam dan  kami sempat melawat ke beberapa tempat yang wajib dilawati. 

Tetapi sayangnya, masih ada beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi. Arghhh...sedihhnyaa!!! 

Untuk posting ini, saya akan kongsi dahulu info dan tips yang perlu anda tahu tentang negara Taiwan. Teruskan membaca ya!!!

Kenapa memilih Taiwan

Unexpected trip yang mana pada asalnya kami plan hendak travel ke South Korea. Tetapi terubah plan ke Taiwan pula. Mungkin kerana terpengaruh dengan Mira Filzah?


Sebenarnya ia lebih kepada pembacaan. Taiwan pada ketika itu tidak ramai orang Malaysia kunjungi. Boleh dikatakan underrated destination. Tapi sebenarnya mutiara yang tidak terlihat.

Taiwan adalah sebuah negara yang mudah untuk diakses. Kita tidak memerlukan apply visa atau ETA kerana rakyat Malaysia diberi keistimewaan free visa. Jadi, just book your flight, packing your bag and fly...!!!


Muslim friendly. Tidak dinafikan majority rakyat Taiwan adalah non-muslim, tetapi Taiwan hari ini sedang menuju ke arah industri pelancongan mesra-muslim. Telah banyak restoran-restoran halal dan jangan terkejut di Taiwan sendiri mempunyai 7 buah masjid yang menjadi pusat umat Islam Taiwan. 

Taroko National Park is one of the reason why I choose Taiwan. Saya teringin pergi ke sini kerana struktur geologinya. Ya lah, as a geologist mestilah kita berminat untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Sama seperti perasaan ingin melihat Yellowstone di USA.

Pemandangan yang cantik di Yehliu Geopark juga menjadi alasan kenapa saya memilih Taiwan. Banyaklah alasannya. 

Trip ini pada asalnya akan menjadi my first solo trip. Tetapi selepas saya share my plan dengan sahabat karib saya, dia  teruja dan ingin ikut sekali. Jadi saya terpaksa booking tiket untuknya walaupun lewat sedikit. Nasib baik masih ada tiket yang sama tarikh dengan saya.

Review yang saya baca daripada internet banyak menyatakan bahawasanya Taiwan adalah one of the safest place in the world. Kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. 

And exactly 100% agreed. Selama 6 hari di Taiwan, saya setuju yang Taiwan adalah selamat untuk travel solo atau berkumpulan. 

Orang-orang Taiwan sangat peramah dan banyak membantu kita. Jangan segan untuk bertanya. Jangan terkejut, saya jatuh cinta pada lelaki yang tunjukkan jalan untuk ke masjid. 


Beli tiket AirAsia

Kami menggunakan penerbangan AirAsia kerana harga tiket yang pastinya tersangat murah. Sesuai dengan tema AirAsia iaitu "Everyone can fly". 

Harga tiket kami keseluruhannya berjumlah berjumlah RM502.40 seorang. 

Kuala Lumpur - Taoyuan - Kuala Lumpur


Musim sejuk di Taiwan

Setelah membuat beberapa bacaan dan kajian melalui capaian internet, kami memilih bulan Januari sebagai waktu yang sesuai untuk bersuka-ria di Taiwan.  Tambahan pula ketika itu adalah cuti tahun baru cina.

Taiwan adalah sebuah negara yang beriklim subtropika yang mana ia mengalami cuaca sejuk dan juga panas. 
Pagi pertama kami di Taichung, sinaran matahari yang...menyilau!!!

Masa yang terbaik untuk melawat Taiwan adalah antara bulan Februari sehingga April dan pada bulan October sehingga Disember.    

Seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada mengunjungi Taiwan pada bulan Jun sehingga September kerana dalam tempoh itu sering kali berlakunya ribut taufan. 

Saya ada terbaca satu blog daripada blogger Malaysia yang berhadapan dengan situasi ribut taufan ketika dia sedang bercuti di Taiwan. Saya dapat bayangkan betapa ngerinya pengalaman itu dan beliau juga ada menceritakan pengalaman terkandas di Hualien hampir 2 hari kerana terputus hubungan pengangkutan dan terlepas flight untuk kembali ke Malaysia.

Saya juga nasihatkan anda untuk membawa jaket tebal atau baju semi-tebal kerana cuaca di sana berangin dan sejuk, lagi-lagi di kawasan pergunungan seperti Jiufen dan persisiran pantai Yehliu.

Lagi satu jangan lupa untuk membawa payung atau baju hujan. Sepanjang tempoh kami berada di Taiwan sering kali hujan turun secara tiba-tiba. 

Atas nasihat orang tempatan, plan kami untuk ke Yehliu Geopark dibatalkan kerana tiba-tiba hujan.

Salah satu kekurangan jika bercuti pada bulan Januari adalah kerana ia musim perayaan tahun baru cina. Jadi, tidak banyak acara yang diadakan pada musim perayaan ini kerana penduduk tempatan sedang membuat persiapan perayaan.

Tetapi, kelebihan kepada kaki shopping kerana pada musim perayaan banyak jualan murah di outlet-outlet dan pasaraya. Discount yang tidak terjangkaui akal. Murah!!!. 

Hanya perlu sediakan wang yang banyak untuk berbelanja sehingga pengsan. 

Tukaran Mata Wang 

Setibanya kami di lapangan terbang Taoyuan, kami segera meyelesaikan urusan kemasukan di imegresen dengan mengisi white card dan dengan pantas bergerak ke Aras 1 untuk membeli tiket bas ke Taichung County.
 
Sebelum itu, kami sempat juga membuat pertukaran duit Ringgit Malaysia kepada matawang Taiwan. Kadar pertukaran wang di lapangan terbang ini tidaklah begitu ketara jika kita terus membuat pertukaran di Malaysia. 

NTD100 ~ RM 14.32

Kami juga ada membuat pertukaran wang di Malaysia. Cuma dengan kadar yang secukupnya kerana sengaja ingin mencuba tukar wang di negara orang pula. 

Anda perlu pastikan mempunyai cash kerana di sini mereka tidak menerima kad untuk pembelian tiket MRT , tambah nilai easy card atau pembelian di Night Market dan sebagainya. 

Anda juga boleh sediakan kad kredit yang telah diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa, Selain itu, kad wise atau bigpay sebagai persediaan kecemasan. 

Kemudahan Pengangkutan

Di Taiwan, kemudahan pengangkutan awam adalah sangat mudah untuk diakses. Sepanjang percutian ini, kami menggunakan MRT, THSR, teksi dan juga bus. 

Menaiki bas untuk ke Sun Moon Lake

Untuk tiket THSR, kami membuat tempahan tiket terlebih dahulu melalui aplikasi KLOOK. Harga THSR lebih murah dan kami tidak perlu risau kerana hanya perlu membuat pertukaran tiket di kaunter sahaja. Tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu risau tiket akan habis.

Tiket THSR yang kami ambil di kaunter. Fast lane.

Perjalanan di sekitar Taipei pula kami menggunakan kemudahan MRT. Bas pula kami naiki ketika lawatan ke Taichung, Yehliu Geopark dan Jiufen.

Kad Perjalanan - Easy Card

Pembelian easy-card boleh dibeli terus di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart dan lain-lain. Ini adalah perkara pertama yang kami lakukan kerana kami akan gunakan untuk membayar tambang bas ke Taichung. 


Setiap orang di Taiwan akan memiliki Easy-card. Dengan adanya easy-card, ia membolehkan kita untuk menaiki bas, bas intercity (jarak-jauh), MRT, express train, menaiki kabel car dan menyewa u-bike.

Tambahan pula, dengan menggunakan easy-card kita dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur di kaunter untuk membeli tiket. Yang paling seronoknya, ianya cashless. Jadi kita selamat tidak akan mengumpul banyak syiling yang pastinya sangat leceh!

Harga untuk sekeping easy-card adalah NTD100. Tetapi perlu ingat, kita kena topup nilai dahulu sebelum menggunakannya. Untuk pertama kali penggunaan, tambah nilai boleh dibuat dengan nilai NTD300- 500. 

Tempahan Hotel

Kami menempah beberapa hotel di sepanjang 6 hari berada di negara Taiwan ini. Satu malam di Taichung, satu malam di Hualien dan empat malam di Taipei. Kesemuanya tempahan dibuat melalui website booking.my.

Penginapan di Taichung yang sangat selesa. Berkonsepkan homestay.

Banyak sahaja pilihan hotel yang murah dan selesa. Ketika berada di Hualien, kami beruntung kerana mendapat hotel yang murah, besar dan pemandangan pergunungan yang cantik. Pemilik hotel juga sangat peramah dan banyak membantu kami.

Di Taipei pula lain jalan ceritanya. Kami tersilap memilih hotel kerana hotel itu sangat creepy dan sangat kecil sehinggakan kami terpaksa solat di atas katil. Tiada ruang langsung. ibarat seperti kami mendapat bilik store. 

Pintunya pula ada ruang besar di bawahnya. Kami terpaksa menyusun kasut untuk menutup ruang yang terlihat itu. Nasib baik hotel itu kami tempah untuk satu malam sahaja. Terasa seperti kena scam.

Bahasa Taiwan

Taiwan adalah negara hampir keseluruhan rakyatnya berbangsa Tionghwa. Jadi sudah tentulah mereka berbahasa Mandarin, Kantonis atau seangkatan dengannya. 

Sudah pasti akan berlaku "miscomunication" antara bangsa Melayu dan Cina. Seorang bercakap bahasa tempatan mereka dan seorang lagi menggunakan broken english. Sudah seperti ayam dan itik berbicara. 

Bersama orang local yang peramah. Kami bertanyakan jadual perjalanan bas di Sun Moon Lake

Lagi-lagi apabila berkomunikasi dengan pakcik tua. Manalah dia akan faham apa yang kami cuba sampaikan. 

Asalnya kami tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi macam mana dengan orang Taiwan ini. option terakhir selain berbahasa English adalah tunjuk-tunjuk menggunakan jari. 

Tetapi semasa berada di Hualien, pemilik hotel yang kami tinggal itu bercakap dengan kami menggunakan google voice. 

Dari situ kami belajar bercakap dengan orang Taiwan. Voice bahasa melayu terus akan translate ke pilihan bahasa yang kita pilih. Yeay!!!

Sewaan pocket-wifi

Untuk mendapatkan capaian internet, kami menggunakan Pocket-Wifi yang disewa melalui Klook. Tetapi kami terpaksa collect pocket-wifi tersebut di Songsang Airport dan akan return pula di Taoyuan Airport. 

Bergambar di Songsang Airport selepas collect pocket-wifi di kaunter. 

Untuk first day dan second day kami tiada internet kerana kami bergerak terus dari Taoyuan Airport ke Taichung. Satu kesilapan yang kami lakukan. Pengajaran!

Bagusnya pocket-wifi ini kerana ianya dapat digunakan banyak device. Jadi, kami hanya berkongsi sahaja. Tak bestnya pula adalah baterinya cepat habis.

Sebenarnya sewaan pocket-wifi adalah lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian sim-kad.

Akan ada sambungan untuk Itinerari dan kos di sepanjang Trip Taiwan ini. 

"KAMU BERHARAP UNTUK MENJADIKAN KEJAYAAN SEBAGAI SATU KEBIASAAN?"


Sekiranya "YA", adalah jawapan anda, maka dengan mengikuti 7 langkah mudah ini pada setiap pagi, ai boleh membantu anda menjalani aktiviti harian dengan penuh semangat, positif dan optimis.


Menghabiskan beberapa jam pertama di permulaan hari akan menentukan corak rutin di sepanjang hari kamu. Cuba bayangkan ia seperti sekeping kain kanvas putih yang kosong -- anda yang akan mewarnainya dengan aktiviti, hala tuju dan produktiviti yang tinggi. 


Jadi, jika anda ingin menjadikan kejayaan sebagai satu tabiat biasa, maka gabungkan kesemua tujuh perkara ini di setiap pagi untuk impak dan manfaat yang terbaik.


1- Bangun sebelum matahari terbit

Perkara pertama yang perlu kita ubah adalah dengan bangun dari tidur sebelum terbitnya matahari. Bagi seorang umat Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana kewajiban menunaikan solat subuh melatih kita untuk bangun awal. Sudah pasti ia semudah "memetik jari" sahaja. 

Pernahkah kamu mendengar tentang "The 5 AM Club"? Ia adalah sebuah komuniti global yang berkongsi pengalaman berkaitan aktiviti produktif 5 pagi. Mereka saling berkongsi cara dan rutin dilakukan untuk memanfaatkan waktu seawal pagi tersebut demi pembangunan diri.


2- Morning meditation

Melakukan aktiviti meditasi atau ketenangan minda di waktu pagi terbukti dapat mengurangkan rasa stres dan tekanan harian. Ia membantu meningkatkan daya tumpuan serta memulihkan emosi dengan baik. Oleh sebab itu, elakkan daripada memulakan pagi dengan emosi marah agar tekanan darah dan mood anda kekal stabil.

Gabungan meditasi ringkas di waktu pagi bukan sahaja dapat membina tenaga (vibe) positif, malah dalam masa yang sama dapat melatih anda mengawal emosi dengan tenang apabila berhadapan dengan perkara di lusr jangkaan sepanjang hari. 


3- Bersenam

Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal terbukti dapat menyihatkan tubuh badan, di samping membantu menajamkan minda dan tumpuan. Senaman pagi secara khusus merangsang penghasilan hormon endorfin iaitu hormon kegembiraan semulajadi badan. 

Aktiviti ringkas seperti berjoging, berbasikal, berjalan pantas, atau senam aerobik bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisme badan tetapi turut menyuntik mood positif sepanjang hari. Produktiviti kerja anda pastinya akan meningkat seiring dengan emosi yang ceria dan positif.


4- Ambil Sarapan yang Berkhasiat

Jangan sesekali mengabaikan atau skip sarapan pagi. Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk membekalkan tenaga!

Kajian membuktikan bahawa pengambilan makanan yang bernutrisi pada setiap waktu pagi sangat mempengaruhi kawalan emosi dan fokus kita. Memulakan hari dengan makanan yang tidak sihat atau berat boleh mengundang rasa malas, letih, lemah, tidak bertenaga dan hilang motivasi. Pilihlah menu sarapan pertama anda dengan bijak.


5- Membaca untuk Menambah Pengetahuan

Kesilapan besar yang kerap kita lakukan sejurus bangun tidur ialah memeriksa telefon pintar dan melayari media sosial tanpa tujuan. 

Alihkan tabiat tersebut kepada membaca buku, artikel bermanfaat atau mendengar audio siar (podcast). Rutin ini jauh lebih bermakna dalam membina ilmu pengetahuan serta meluaskan perspektif anda dalam pembentukan peribadi dan perkembangan karier profesional.


6- Amalan Bersyukur dan Visualisasi

Sebelum melangkah ke dalam kesibukan harian, luangkan masa beberapa minit untuk merenung kembali perkara-perkara yang anda hargai dan bersyukurlah. Lakukan visualisasi terhadap impian dan realiti hidup yang ingin anda capai. 

Amalan ini akan membantu anda berasa puas hati dengan apa yang dimiliki sekarang di samping mengekalkan minda yang optimis tentang masa hadapan. Minda yang positif akan membina daya tahan (resilience) yang kuat untuk menghadapi cabaran dengan tenang dan terbuka. 


7- Sediakan Senarai tugas (to-do list)

Merancang aktiviti harian dengan menyediakan senarai to-do list sangat membantu meringankan beban mental anda. Ini merupakan satu strategi terbaik dalam ppengurusan masa yang paling efektif.


Senarai tugas ini bukan sekadar peta laluan harian, malah ia membantu anda mengenalpasti dan memberi keutamaan (prioritize) kepada perkara-perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 


Kesimpulan

Kejayaan bukanlah suatu KEBETULAN sebaliknya ia adalah satu PERJALANAN yang mempunyai proses dan disiplin yang tersendiri. Ia datang daripada usaha, kesungguhan, pilihan dan tindakan konsisten yang kita ambil. 


Jika anda mahu kejayaan menjadi satu KEBIASAAN HIDUP, maka laburkan masa dan tenaga yang luar biasa bermula daripada rutin pagi anda. Dengan mengamalkan 7 perkara ini, anda sedang membina asas yang kukuh untuk mencapai matlamat hidup yang cemerlang.

SIAPA di sini penonton setia drama Korea Selatan yang bergenre perubatan iaitu Romantic Dr. Kim? Kita geng!

Dalam siri drama tersebut, kita selalu dengar doktor-doktor ini akan menjerit, "Cardiac arrest. Patient had cardiac arrest. Palli, palli (cepat, cepat)." 😁

Romantic Dr. Kim

Scene berlakunya "Cardiac Arrest" ini betul-betul menarik minat Cik Suri untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Ingin juga tahu penyakit apakah dan bagaimana ianya terjadi. Cik Suri mula membuat carian melalui Google, bacaan di beberapa website dan penulisan daripada ahli-ahli kesihatan.

 Fahami Maksud Cardiac Arrest 

Cardiac arrest occurs when the heart suddenly and unexpectedly stops pumping. If this happens, blood stops flowing to the brain and other vital organs. Cardiac arrests are caused by certain types of arrhythmias that prevent the heart from pumping blood.

An arrhythmia, or irregular heartbeat, is a problem with the rate or rhythm of your heartbeat. Your heart may beat too quickly, too slowly, or with an irregular rhythm. - source National Heart, Lung & Blood Inst. Website

Cardiac arrest atau "jantung terhenti" ini adalah satu keadaan di mana jantung berhenti mengepam secara tiba-tiba. Cardiac arrest terjadi apabila sistem elektrik di dalam jantung gagal berfungsi (mulfunction). Dengupan jantung dan nadi terus langsung terhenti dan individu tersebut gagal memberi  respon walaupun hanya untuk mengerdipkan mata. 

Cardiac Arrest adalah satu situasi kecemasan di dalam perubatan yang mana ia boleh membawa maut jika tidak diberi bantuan segera kepada si mangsa. Jantung akan terhenti buat selama-lamanya - tidak dapat diselamatkan lagi!

Cardiac Arrest dikategorikan sebagai pembunuh di dalam diam. Cardiac arrest biasanya berlaku selepas serangan jantung (heart attack) dan ia boleh juga terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang tiada rekod penyakit jantung. 

"9 daripada 10 individu yang mengalami cardiac arrest di luar hospital meninggal dunia - selalunya dalam beberapa minit sahaja."

 Simptom Cardiac Arrest 

Seseorang mungkin mengalami cardiac arrest (jantung terhenti) jika mereka:

  • Rebah secara tiba-tiba dan pengsan (tidak sedarkan diri)
  • Tidak bernafas atau hilang nafas atau tercungap-cungap untuk bernafas
  • Tidak memberi respons ketika dipanggil atau apabila badan mereka digoncang
  • Tiada denyutan nadi
Sesetengah individu yang mengalami "jantung terhenti" akan menunjukkan satu atau lebih tanda di  dalam tempoh sejam sebelum terjadinya. Namun begitu, kebanyakan kes cardiac arrest berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran. 

Cardiac Arrest boleh berlaku selepas serangan sakit jantung (heart attack) atau semasa proses pemulihan. Kedua-dua masalah jantung ini sebenarnya saling berkait. Serangan sakit jantung boleh menjadi punca utama kepada berlakunya cardiac arrest.
     
Simptom awal serangan jantung (heart attack), yang mana ia boleh menjadi punca utama kepada cardiac arrest. Simptom serangan jantung bermula dengan perlahan, seterusnya selama berjam-jam, berhari atau minggu sebelum serangan jantung.

Simptom-simptom heart attack adalah seperti berikut:
  • Sesak nafas, biasanya wanita jika dibandingkan dengan lelaki.
  • Keletihan yang melampau, (luar biasa)
  • Sakit belakang
  • Gejala seakan-akan selesema
  • Sakit dada, chest pain (angina), lebih kepada lelaki berbanding wanita
  • Kerap kali pening, pitam atau pengsan (terutamanya semasa workout, berbaring telentang atau duduk)
  • Jantung berdebar-debar, berdegup kencang (heart palpitation)

 Perbezaan Heart Attack dan Cardiac Arrest 

Kedua-duanya adalah masalah jantung tetapi keduanya berbeza. Ramai orang terkeliru dengan kedua-dua jenis penyakit jantung ini. 


1-  Heart Attack  adalah serangan jantung yang berlaku apabila saluran (artery) tersumbat di dalam jantung dan menyebabkan darah gagal untuk mengalir. Kehilangan aliran darah ini akan merosakan otot jantung tetapi jantung masih lagi berdengup. 

Individu yang mengalami heart attack masih mampu memberi respons seperti bercakap, mendengar dan masih ada denyutan nadi.

Punca berlakunya heart attack, umumnya semua maklum adalah daripada kolestrol yang terkumpul dan  membeku di dalam saluran darah pada jantung.

2-  Cardiac Arrest  pula seperti perbincangan di atas, ia disebabkan oleh kegagalan sistem elektrik di dalam jantung dan ia secara automatik akan menghentikan dengupan jantung. 

Bagi orang yang terkena cardiac arrest, mereka tidak boleh merespons seperti bercakap, mendengar dan tiada denyutan nadi. Oleh sebab itu, jika berlaku cardiac arrest, bantuan awal perlu dilakukan dengan segera!

 Pertolongan Cemas Untuk Mangsa Cardiac Arrest 

Sekiranya terdapat orang di sekeliling anda mengalami Cardiac Arresrt, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menelefon Emergency Response (911). Pastikan anda menyimpan nombor penting tersebut. 

Kedua, pertolongan awal perlu diberikan. Jantung mangsa perlulah di pam semula samada dengan menggunakan Automated Exterbal Defribilator, AED (jika ada) atau dengan melakukan Cardiopulmonary Resuscitation, CPR. Sekurang-kurangnya bantuan awal dapat mengejutkan jantung yang terhenti.

Oleh itu adalah penting untuk setiap individu menghadiri Kursus Pertolongan Kecemasan yang biasanya diberi oleh agensi tertentu. Sekurang-kurangnya kita ada basic jika berlaku kecemasan.

Perkara yang TRIGGER kepada Cardiac Arrest

1- Sukan atau aktivit lasak, ekstrem! 1 daripada 3 serangan cardiac arrest pada atlet berlaku ketika mereka berehat atau sedang tidur. Bersukan pada waktu malam bukanlah satu kesalahan tetapi anda memahami kemampuan badan. 

Elakkan bersukan ketika badan terlalu letih selepas seharian bekerja di siang hari. Sekiranya anda adalah orang yang malas atau jarang-jarang bersenam, elakkan daripada bersenam/bersukan secara mengejut atau secara aggresif kerana dikuatiri anda mungkin gagal untuk mengawal jantung dan pernafasan (kelelahan). 

Namun begitu, kita digalakan untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mejaga kesihatan jantung. Lakukan senam ringan dan panaskan badan dahulu sebelum mula beraktiviti. 

Cara mengawal pernafasan juga amat penting apabila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau mengayuh basikal dengan kelajuan cepat dalam masa singkat mampu membiasakan jantung bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap. 

2- Minum kopi berlebihan. Watch out coffee lovers. Cik Suri pun suka minum kopi dan kadang-kadang terlebih juga. Dinasihatkan anda untuk menghadkan pengambilan kopi.

Selain pengambilan terlalu banyak kafein di dalam serbuk, pil dan minuman tenaga juga boleh menyebabkan cardiac arrest.

3- Tekanan emosi juga boleh menjurus kepada serangan cardiac arrest. 

4- Jangkita influeza juga boleh menjadi punca!

5- Alkohol dan dadah! 

 Kesimpulan : 

Serangan jantung adalah kerana masalah "peredaran darah" manakala henti jantung adalah kerana masalah "elektrik".

Menjaga pemakanan dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan dan mengelak diri daripada serangan jantung. Tidak melakukan aktiviti ekstrem juga dapat mengelakan diri daripada berlaku jantung terhenti. 

PERNAHKAH anda mendengar tentang perihal "Buy Now Pay Later"? Atau anda memang langsung tidak pernah tahu apa itu Buy Now Pay Later (BNPL).

Buy Now Pay Later by Kembara Suri

Sebelum saya saya meneruskan dengan tip-tip untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan trend Buy Now Pay Later ini, adalah lebih baik sekiranya kita mengenalinya terlebih dahulu.

 Konsep Buy Now Pay Later 

Buy Now Pay Later atau "Beli Sekarang Bayar Kemudian" ialah satu konsep pembiayaan jangka masa pendek yang membolehkan pengguna membuat pembelian dan membayarnya dari semasa ke semasa dan biasanya tiada faedah dikenakan.

Semenjak kebelakangan ini, trend Buy Now Pay Later semakin menular melalui platform online-shopping seperti Shopee, Lazada, Grab PayLater, Atome dan banyak lagi platform yang lain.

Istilah Buy Now Pay Later adalah prinsip yang memberi anda peluang untuk berbelanja meski pun anda tidak memiliki wang pada waktu itu dan pembayaran boleh dibuat kemudian. Mungkin anda pernah dengar istilah "easy pay" yang selalu ditawarkan oleh kad kredit. Ianya hampir serupa tetapi ada perbezaan.

 Bagaimana Buy Now Pay Later Berfungsi 

Program BNPL ini biasanya mempunyai terma dan syarat yang berbeza-beza. Tetapi secara umumnya, ia menawarkan pinjaman jangka pendek dengan bayaran tetap dan tanpa faedah. Anda boleh menggunakan aplikasi BNPL untuk membuat pembelian atau anda bermungkinan telah mempunyai pilihan BNPL melalui kad kredit anda.

Melalui BNPL anda boleh membuat pembelian di mana-mana platform peniaga yang mengambil bahagian dan anda diberi pilihan untuk membeli dahulu dan membayarnya kemudian semasa proses pembayaran. 

Jika pembelian diluluskan, anda berkemungkinan hanya perlu membuat bayaran pendahuluan yang kecil seperti contoh 20% daripada jumlah keseluruhan pembelian. Kemudian anda boleh membayar baki pembelian dalam satu siri ansuran tanpa faedah, biasanya dalam beberapa minggu atau bulan.

Pembayaran pula boleh dibuat melalui potongan secara automatik daripada akaun bank, kad debit atau kad kredit anda. Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui cek atau bank transfer.  

 Kelebihan vs Kekurangan 

Kelebihan Buy Now Pay Later

1- Cara yang mudah untuk membayar pembelian dari semasa ke semasa.

Antara kelebihan menggunakana platform BNPL ialah anda dapat membuat pembelian segera walaupun anda tiada wang pada ketika itu. Dengan berkonsepkan beli dulu bayar kemudian, anda boleh membuat bayaran awal pada jumlah yang kecil dan meneruskan bayaran secara ansuran dengan jumlah yang ditetapkan oleh BNPL. 

Selepas pembelian pihak BNPL akan  memberi maklumat terperinci berkenaan pembelian dan jadual pembayaran. Anda boleh membuat bayaran secara auto debit, pindahan melalui akaun simpanan atau melalui kad kredit pada tempoh ansuran yang lebih fleksibel.

2- Tiada faedah atau kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad kredit. 

Kebanyakan platform BNPL menawarkan kadar faedah 0% atau lebih rendah. Anda dapat menikmati pembelian tanpa dikenakan sebarang faedah atau cas tambahan. Namun begitu adalah sangat penting untuk anda memahami syarat dan terma sekiranya berlaku kelewatan pembayaran.

3- Kredit yang baik atau skor kredit yang tinggi tidak perlu untuk kelayakan.

Sesetengah platform BNPL tidak mengambil-kira kredit skor anda dalam proses meluluskan permohonan. Sekiranya anda tiada rekod kredit yang  baik pun anda layak untuk memohon BNPL. Berbeza dengan permohonan kad kredit yang mana anda perlu mempunyai rekod kredit yang baik barulah permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan.

4- Proses kelulusan yang cepat.

Mudah diluluskan dan cepat itulah yang menjadi pilihan ramai orang untuk menggunakan BNPL jika dibandingkan dengan proses permohonan kad kredit yang sudah memerlukan dokumen sokong untuk kelulusan. 

Kekurangan Buy Now Pay Later

1- Pembayaran boleh menjadi sukar untuk dijejaki.

Platfrom BNPL memberi peluang kepada nada untuk membeli lebih daripada satu barang dan pada bila-bila masa. Ini akan menyebabkan berlaku pertindihan dan menyukarkan anda untuk menjejaki bayaran yang dibuat pada sesuatu barang yang dibeli.

2- Pembayaran yang lewat boleh menjejaskan rekod skor kredit.

BNPL tidak menambahkan hutang kad kredit anda tetapi menambah hutang peribadi anda. Tetapi, skor kredit anda akan terjejas sekiranya gagal membuat bayaran 

3- Tiada ganjaran atau pulangan tunai yang diperolehi daripada pembelian

Selain itu anda juga terlepas peluang untuk mendapat manfaat pulangan tunai atau mata ganjaran yang selalunya ditawarkan oleh pihak kad kredit. 

4- Pembayaran mungkin diteruskan walaupun barang dipulangkan

Sekiranya anda berubah fikiran atau mempunyai masalah dengan barang yang dibeli melalui BNPL, ianya menjadi sukar untuk dipulangkan kembali. Ini kerana pihak peniaga perlulah memaklum terlebih kepada kreditor BNPL tentang bayaran balik dan ini menyebabkan anda lambat untuk menerima kembali wang yang telah dibayar. 

Berkemungkinan juga anda terpaksa  meneruskan bayaran jika tidak anda akan direkod sebagai bayaran tertungak atau tiada bayaran. Ini akan menyebabkan bayaran tambahan dikenakan atau akan menjejaskan skor kredit anda.

Tambahan:

Sebahagian platform BNPL akan mengenakan cas yang tinggi sekiranya berlaku tunggakan bayaran ansuran.   

Tips Supaya Tidak Terjerat Dengan Buy Now Pay Later

Bagi mengelakkan diri daripada terjerat dengan BNPL anda boleh menilai beberapa langkah sebelum membuat keputusan. 

Tips Elak Daripada Terjerat Dengan Buy Now Pay Later

Setiap individu mempunyai pilihan tersendiri sama ada untuk menggunakan BNPL atau tidak. Tetapi, anda boleh ikuti tips sebagai panduan

1- Fahami dan teliti terma dan syarat platform yang menawarkan Buy Now Pay Later

Sebelum anda membuat pembelian di platform BNPL adalah lebih baik untuk memahami dengan teliti berkaitan terma dan syarat yang dikenakan. 


Perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah cara pembayaran balik dan hak-hak anda sebagai pembeli.

2- Semak kadar caj yang dikenakan jika pembayaran lewat
Sekiranya berlaku kelewatan  bayaran bulanan, sudah pasti akan dikenakan cas tertungak. Adalah lebih baik jika anda mengenalpasti cas yang dikenakan. Setiap platfrom BNPL mengenakan cas kelewatan pada kadar yang berbeza-beza. 

3- Kenalpasti tabiat pembelanjaan anda 
Adalah lebih bagus jika anda memahami status kewangan anda. Ini sekurang-kuranganya dapat membantu anda daripada berbelanja secara berlebihan. Walaupun menggunakan BNPL sangat mudah, ia bukan satu lesen untuk anda berbelanja sesuka hati dan melangkaui kemampuan kewangan anda.

4- Bayaran Mengikut Jadual
Pastikan anda membuat bayaran ansuran seperti yang telah dijadualkan oleh platform BNPL anda. Cuba elakkan diri daripada terlambat membuat bayaran. Ingat cas lewat adalah tinggi!

 Buy Now Pay Later vs Kad Kredit 

Perbezaan yang paling antara BNPL dan kad kredit ialah kad kredit biasanya mengenakan kadar faedah ke atas baki yang dibawa pada kitaran bil berikutnya. Walaupun ada sesetengah kad kredit menawarkan 0% fii tahunan tetapi ia mungkin terhad pada sesuatu tempoh sahaja. 

Fii tahunan akan dikenakan kembali selepas melepasi tempoh yang ditawarkan, sebagai contoh satu tahun, tiga tahun atau lima tahun bergantung kepada tawaran platform tersebut.

Melalui kad kredit anda boleh membawa baki atau menggunakan talian kredit tanpa had.

Berbeza pula dengan BNPL yang mana ianya tidak mengenakan kadar faedah atau yuran tahunan. BNPL juga akan menetapkan jadual pembayaran balik yang tetap. Tetapi, kadar cas lewat bayar berkemungkinan lebih tinggi jika dibanding dengan kad kredit. 

Bayaran muka dan setiap pembayaran ansuran melalui BNPL adalah sama. Seperti contoh anda membeli set sofa yang berharga RM3600 dan anda memilih untuk membayar dalam tempoh 12 bulan. Jadi bayaran muka yang perlu anda bayar adalah RM 300 dan ansuran bulanan juga RM300. 

Kesimpulan daripada Cik Suri

Buy Now Pay Later pada asasnya sangat membantu untuk pembelian besar atau yang berharga mahal. Namun begitu, sekiranya ia tidak dikawal ia akan memberi kemudharatan kepada kewangan kita dan akan menambah komitmen bulanan. 

Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengatur dan mengawal perbelanjaan bulanan. Perancangan kewangan adalah penting bagi mengelakkan berlaku situasi berhutang tanpa sedar ini (BNPL).  

Selalulah ingat akan peribahasa ini

"Ukur baju di badan sendiri"

Kadang-kadang kita selalu yakin yang kita boleh berdisiplin dalam sesuatu perkara. Tetapi, sebenarnya kita selalu tewas dan lupa. 

Jika artikel ini member manfaat kepada anda, jangan lupa untuk SHARE dan Komen. 

Terima Kasih.

 

Popular Post